Mana sensitiviti kita? mana silapnya?

Petikan dari Utusan Malaysia


Mahkamah Tinggi Syariah benarkan permohonan murtad

08/05/2008 12:34pm

PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan permohonan pengisytiharan bukan beragama Islam, Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39.

Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.


Dipetik dar blog roslan sms


Menurut BERNAMA Ketua Hakim Mahkamah Syariah Perlis Othman Ibrahim, yang mendengar kes murtad Siti Fatimah di Mahkamah Syariah Pulau Pinang kesal dengan beberapa perkara yang mengakibatkan beliau tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti FAtimah untuk kembali ke agama asalnya.

Yang pertama adalah suami beliau, warga Iran, Ferdoun Ashanian, yang menurut Othman gagal membimbing wanita berkenaan yang baru menerima Islam, malah menurut keterangan saksi, Ferdoun sendiri menemani wanita ini ke kuil apabila beliau ke tempat ibadat Buddha itu.

Keduanya Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri. Menurut Othman pihak MAIPP lah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Ternyata MAIPP gagal dalam menjalankan tugasnya dan mengabaikan kepentingan dan kebajikan mereka yang baru memeluk Islam, sebagaimana dalam kes ini.

Othman memberi amaran kiranya tiada sebarang langkah diambil selepas ini, banyak lagi yang akan mengambil kesempatan meninggalkan Islam.Inilah masalah sebenar yang berada di hadapan kita. Kalau kita tidak insaf, sedar dan bangkit melakukan perubahan dan penstrukturan semula, kebimbangan Othman ini akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari bahan dan musibah ini.


rujuk satu post sebelum ini. Orang islam sendiri yang menyebabkan kita diinjak...

Comments

Popular posts from this blog

tagged

Ayat-ayat cinta...