Kalau nak terbang mesti tinggi-tinggi..kalau tak tahu, kita boleh belajar...

Pada saat post ini ditulis, baru beberapa minit yang lalu Soyuz TMA 10 telah kembali ke muka bumi. sehingga ke saat ini dapat diperhatikan reaksi bercampur aduk di malaysia yang ada menyokong "Program angkasawan Malaysia" manakala sebahagian lagi beranggapan program tersebut adalah pembaziran wang rakyat. Terutamanya selepas NASA mengeluarkan kenyataan bahawa penyertaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah sebagai "spaceflight participant" atau lebih mudah dikata peserta dalam "space tourism" bukanlah sebagai angkasawan "astronout" .

Seperti biasa, akan ada pihak yang menghentam program ini seperti ulasan dari sebuah akhbar australia yang menyatakan Malaysia bukan "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan hampir RM 100 Juta untuk menghantar seorang rakyatnya ke angkasa. Dan seperti biasa akan ada rakyat Malaysia yg terpengaruh dengan media luar dan mempercayai program ini merupakan satu pembohongan kerajaan Malaysia sedangkan ia datang dari negara yang pernah melabel negara kita sebagai pengganas. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan keadaan sekarang memberi peluang kepada semua rakyat malaysia untuk mengetahui fakta disebalik program ini. Kita dapat lihat ada pihak pembangkang yang mendakwa program ini satu pembohongan manakala satu pihak(Lim Kit Siang) menyokong program ini cuma mengingatkan kerajaan supaya tidak menjadi seperti Arab Saudi yang menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa 10 tahun lepas tetapi tidak menunjukkan perkembangan yang menberangsangkn dalam bidang angkasa lepas sehingga ke hari ini. Jangankn kata pembangkang, pemimpin negara ini juga tidak sepakat dalam menghantar angkasawan negara. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari raya kedua telah meluluskan pelan tindakan pembangunan angkasa dalam keadaan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak mahu mengadakan post mortem terhadap projek penghantaran angkasawan tersebut ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneruskannya pada masa akan datang. Dalam keadaan ini, Dato' Seri Najib dilihat lebih realistik apabila mahu mengadakan post mortem dahulu. Malah jika dilihat dari kronologi program ini, ia dimulakan oleh Dato' Seri Najib dengan pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dari Russia melalui pakej bernilai kira-kira US$900 juta. Pesawat itu akan diserahkan secara berperingkat antara Jun 2006 dan akhir 2007. Pembayaran bagi pesawat itu akan dibuat sehingga 2009. Sebagai balasan, Russia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Pada pendapat penulis, sejauh mana media luar negara memahami apa yang dilakukan oleh negara ini? Apa yang nak dinyatakan ialah progam ini bukan sahaja untuk membuka laluan bidang kajian angkasa lepas di Malaysia tetapi merupakan satu usaha untuk membuka minda rakyat negara ini apabila dapat dilihat pada sambutan hari raya yang lalu, makcik-makcik dari kampung yang tidak pernah mengambil tahu mengenai sains angkasa telah mula bertanya "ISS tu apa?" ,dan ibu bapa mula memberitahu anak mereka " Nak jadi macam sheikh muzaphar tak? belajar rajin-rajin". Cita-cita untuk menjadi angkasawan yang suatu ketika dulu hanya berani dinyatakan oleh kanak-kanak sekolah rendah tetapi menukar cita-cita tersebut sebaik sahaja memasuki alam menengah kerana sedar menjadi angkasawan merupakan sesuatu yang mustahil tetapi kini ramai telah sedar ia bukan sesuatu yang mustahil. Apabila telah ramai yang berani meletakkan cita-cita sebegitu barulah lebih banyak usaha untuk memajukan bidang angkasa lepas akan dijalankan.

Dengan berpijak di bumi yang nyata, mungkin harga RM 100 Juta merupakan nilai yang perlu dibayar untuk membuka minda rakyat Malaysia yang terpaksa diakui masih lagi diperingkat minda kelas ketiga terutama dengan virus tidak "pedulisme" yang turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi di negara ini. Menyedihkan sekali apabila ramai yang bercakap "hensem nyer angkasawan kita" berbanding yang bertanya "Apa kajian yang dijalankan angkasawan kita di ISS?"

Malah program ini juga membolehkan negara mempunyai hubungan dengan negara-negara kuasa besar dalam bidang angkasa lepas seperti USA dan Rusia. Ini membolehkan pemindahan teknologi dilakukan. Malah penglibatan Shiekh Muzaphar dalam kajian negara asing sudah tentu akan membuka peluang yang amat luas kepada negara kita.

Apapun, penulis amat berbangga apabila ada rakyat negara kita yang terlibat sebagai angkasawan. Bagi yang menganggap program ini satu pembohongan apabila hanya menumpangkan angkasawan kita dalam roket Rusia, adakah ada cara lain selain dari menumpang dahulu sebelum belajar sendiri. Mana mungkin kita boleh menghantar angkasawan sendiri sekarang kerana teknologi negara kita dan kos yang tinggi. Jika kerajaan tidak mengambil langkah ini, sampai bila pun negara kita tak akan berkembang dalam bidang angkasa lepas. Kalau nak belajar pun dah nak hentam macam-macam susah la.


Fakta nombor : Rekod pelancaran roket angkasa sehingga tahun 2007



go to: Web rasmi program angkasawan negara
download : poster program angkasawan negara

Comments

Popular posts from this blog

Friendster Dot Com Cracker Berlesen!!

Mind controlled animal...