Posts

Showing posts from April, 2006

Yang Mana satu ? Akademik , Masa Hadapan & ……..

Assalamualaikum, Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar "Alpha Muslim batch 0506" di atas kehebatan mereka baik dari sudut akademik, ukhwah mahupun aktiviti berpersatuan. Ini diambil kira dari sudut pandangan orang luar yang memandang, berbanding dengan batch alpha tahun sebelumnya. Pendek kata, semuanya hebat belaka. Tahniah di ucapkan sekali lagi. Mungkin kata orang, manakan tidak semuanya hebat, sebab ramai yang mempunyai latar belakang sekolah berasrama, "ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi". Tambahan pula dengan bilangan pelajar cemerlang yang memperoleh biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) mahupun biasiswa lain yang menyumbang ke arah pencapaian ini. Setelah berhempas pulas dengan aktiviti berpersatuan dan kehidupan separuh penggal semester di universiti, pelajar jurusan kejuruteraan mengambil 3 peperiksaan pertengahan penggal dalam masa seminggu. Tidak dapat dinafikan, 3 peperiksaan dalam selang masa yang singkat, mungkin agak perit, tapi itu no