Posts

Showing posts from October, 2005

Friendster Dot Com Cracker Berlesen!!

Image
Korang semua tahu apa itu “Phising“? Phising mempunyai makna hampir sama dengan “fishing” (memancing), dimana dalam perkara ni bukan memancing ikan, tapi memancing maklumat peribadi (fishing personal information), iaitu dengan cara mengirim email dengan memalsukan alamat email pengirimnya. Contohnya dengan menggunakan syarikat e-Bay, PayPal dan dalam kes ini sudah tentu Friendster. Email yang dikirim tersebut akan meminta korang untuk mengirimkan maklumat peribadi seperti First Name, Last Name, Address, No. Phone, No. Credit Card dan lain-lain. Jadi dipendekkan ceritalah kan…, bahawa itu adalah “EMAIL TIPU” atau dalam kes pada posting kali ni adalah penipu yang meminta maklumat korang. Ketika kita semua telah bersetuju pada Term of Services (TOS) mereka semasa pertama kali sign up, maka kita dah pun di anggap telah bersetuju dan telah membaca Privacy Policy mereka. Akan tetapi ada sesuatu yang ganjil dalam TOS mereka tersebut iaitu pada “point Use of Information Obtained by Friendster“