Terima kasih...Dah tak marah dah =P
Assalamualaikum...
Baru-baru ni, dua tiga post terakhir dipenuhi dengan perasaan marah yang melimpah ruah. Hingga ke post "case-closed" maknanya penulis telah menyatakan hasratnya untuk berhenti dari marah dan tumpukan perhatian kepada exam yang semakin hampir. Bagaimanapan menutup sesuatu secara tiba-tiba bukan cara yang terbaik kerana ini akan menimbulkan pelbagai salah faham seperti yang dilihat dari comment dalam post-post lalu. Berikut adalah perjelasan untuk beberapa post yang lalu:
Baru-baru ni, dua tiga post terakhir dipenuhi dengan perasaan marah yang melimpah ruah. Hingga ke post "case-closed" maknanya penulis telah menyatakan hasratnya untuk berhenti dari marah dan tumpukan perhatian kepada exam yang semakin hampir. Bagaimanapan menutup sesuatu secara tiba-tiba bukan cara yang terbaik kerana ini akan menimbulkan pelbagai salah faham seperti yang dilihat dari comment dalam post-post lalu. Berikut adalah perjelasan untuk beberapa post yang lalu:
- Memandangkan ini adalah personal blog, post yang sebelum-sebelum ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa. Hanya bertujuan untuk melepaskan amarah yang terpendam dalam hati ini. Buktinya,tidak sekali pn nama sesiapa disebut dan kepada yang berada di MMU cyberjaya, tidak pernah sekali pn suara ini ditinggikan kepada orang-orang terlibat.
- Diharapkan kepada sesiapa yang tidak mengetahui sejarah(istilah sejarah digunakan kerana panjang ceritanya,jika cerita yang diketahui adalah pendek, maka ini bermakna seseorang itu tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku) tidak membuat kesimpulan sendiri dan dinasihatkan menggunakan dua pendekatan : 1) tidak langsung mengambil tahu ape yang terjadi. Senang cite "ko nk marah,marahla..watpe aku amik tau" 2) Mendengar cerita dari semua pihak supaya apa yang didengar adalah lengkap dan tiada unsur-unsur menjatuhkan orang lain. Kesimpulan yang dibuat dari cerita satu pihak sahaja adalah 99.9999% tidak tepat. Tolong amik tahu langkah-langkah yang telah diambil dari awal sekali. Jangan dilihat apabila orang semua dah marah baru beranggapan itu adalah langkah pertama diambil sedangkan langkah pertama diambil lama sebelum orang marah.
- Marah itu bukan kerana tiada hasil. Tetapi kerana tiada usaha ataupn penjelasan untuk masalah tersebut. Malah usaha orang lain untuk membantu juga dianggap sambil lewa dan tidak diambil tindakan yang sepatutnya. Sehinggakan orang lain yang hendak membantu tu yang dikatakan lambat dan tidak memaklumkan masalah tersebut lebih awal. Sedangkan amaran telah diberi awal-awal lagi. Jika dapat dilihat usahanya tidak la terasa marahnya. Tetapi ushanya lebih tertumpu untuk mengajurkan event sedang tanggungjawab yang lebih besar tidak diendahkan.
- Istilah tersepit bukan alasan yang baik kerana mereka yang tersepit tidak mengambil tindakan menjelaskan dan meyakinkan kepada pihak yang menyepit. Sebaliknya menghabiskan banyak masa pihak lain dengan perbincangan demi perbincangan sedang keputusan yang diambil dari perbincangan yang telah dibuat tidak diambil tindakan. Yang dikatakan sambil lewa tu terserlah apabila perbincangan yang dipanggil oleh dia sendiri(dengan arahan "aku nk jumpe semua orang isnin malam ni") tetapi apabila tiba masa yang dijanjikan dia sendiri yang hilang tanpa sebab yang munasabah dan tidak memaklumkan orang lain. Orang lain pun perlu mengatur masa dan ada agenda-agenda lain. Lebih memburukkan keadaan apabila "dia" muncul pn tiada sekali istilah maaf disebut diatas janji yang dimungkiri itu. DAN kejadian sedemikian bukan sekali dua berlaku,banyak kali sangat dan bukan sedikit masa dihabiskan untuk menunggu dia untuk berbincang.
Terima kasih kepada yang menegur perkataan-perkataan keras yang digunakan, tetapi sebelum perkataan-perkataan keras tersbut digunakan, telah beribu-ribu kata-kata lembut mendayu-dayu digunakan(rujuk point no dua, check cerita keseluruhan dan dengar dari semua pihak)
Comments